Sejarah Hospital Permai

Hospital Permai

Hospital Permai yang telah siap dibina pada tahun 1937 dengan terdirinya bangunan wad dan pentadbiran di atas sebidang tanah seluas 110 ekar kawasan hutan di Tampoi kira-kira 7km dari Bandar Johor Bahru.

Hospital ini telah berusia 73 tahun sejak ia mula dibina dan berkeluasan 620 ekar tetapi binaan hospital hanya menggunakan 110 ekar sahaja dan dikelilingi pagar besi perimeter dan pagar dinding konkrit untuk menghalangi para pesakit mental daripada melarikan diri.

Merujuk Akta Kesihatan Mental yang digubal pada 2001, Seksyen 49, menyatakan tiap-tiap hospital psikiatri hendaklah mempunyai rancangan dan kegiatan bagi memastikan kualiti kesesuaian, kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan yang disediakan kepada para pesakit mental tentang penahanan, pengawalan dan perlindungan.